Tentera Zionis serang 15 lokasi di Gaza

GAZA, 22 Nov 2020 — Tentera penjajah Zionis melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 15 lokasi di Gaza sepanjang malam dan awal pagi tadi, menyebabkan kerosakan rumah dan harta penduduk berdekatan kawasan terbabit.

Antara kawasan sasaran serangan adalah kejiranan al Al-Hawa di barat Gaza, barat Khan Younis, serta tanah pertanian di timur Kota Gaza. Jet-jet perang tentera Zionis menyasarkan sekurang-kurangnya lima pengkalan dan post pemerhati pasukan mujahidin.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan di kalangan penduduk wilayah terkepung itu.

Petang semalam, tentera Zionis melancarkan serangan meriam ke atas sebuah pos pemerhati mujahidin di utara Gaza. Mereka mendakwa tindakan tersebut sebagai respon kepada serangan roket yang telah merosakkan sebuah bangunan di bandar Ashkelon.

(Shehab Agency, Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts