Tentera Zionis serang 2 bot nelayan Gaza

GAZA, 23 Mei 2018 — Pesawat dron tentera Zionis menyerang dua buah bot nelayan di pelabuhan Gaza dengan tiga tembakan roket awal pagi tadi.

Dua buah bot terbabit dirancang untuk kegunaan menyambut ketibaan Freedom Flotilla dari Eropah.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa serangan tersebut adalah reaksi kepada tindakan pemuda Palestin membakar sebuah pos tentera mereka di timur kem pelarian al-Bureij semalam.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts