Tentera Zionis serang 2 lagi sasaran di Gaza

GAZA, 6 Okt 2016 (PIC) — Pasukan kereta kebal tentera penjajah Zionis yang berkawal di sepanjang kawasan sempadan menyerang dua lagi sasaran di kem pelarian al-Buriej dan Maghazi petang tadi.

Wilayah Gaza diserang dengan jet perang dan meriam kereta kebal sejak semalam, bagaimanapun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Kerosakan teruk harta benda termasuk rumah, kebun dan kilang dapat dilihat di kawasan Jabal Rois, Zaitun, Tufah, kota Gaza dan juga kawasan industri Karni di timur Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts