GAZA, 28 Mac 2018 — Pasukan kereta kebal tentera Zionis melancarkan beberapa serangan di kawasan kejiranan al-Zaytoun di sempadan timur Gaza, dengan menyasarkan dua lokasi yang didakwa sebagai pengkalan briged pejuang Palestin.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan tersebut dikatakan sebagai tindakbalas ke atas operasi dua orang pemuda Gaza yang melolos pagar sempadan dan membakar peralatan kejuruteraan Zionis yang digunakan untuk membina pagar bawah tanah. Mereka kemudian berjaya kembali masuk ke Gaza.

Sementara itu, enam buah buldozer D-19 tentera Zionis menceroboh masuk sehingga 10 meter ke dalam wilayah Gaza di timur kem pelarian al-Buriej dan meratakan tanah bersebelahan kawasan Tal Um Husseina di mana kumpulan-kumpulan pemuda Palestin mengadakan bantahan setiap minggu.

(PIC)

SHARE