Tentera Zionis serang dan kepung bandar Huwwara

NABLUS, 23 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerang masuk dan mengepung bandar Huwwara di selatan Nablus, setelah sebuah bas yang membawa pendatang Yahudi terbakar diserang dengan bom Molotov.

Bas tersebut diserang ketika melalui jalan utama di badar Huwwara. Kumpulan besar tentera segera dikerahkan mengepung bandar, membina sekatan jalan dan memaksa semua kedai ditutup. Mereka turut berkawal di atas bumbung-bumbung rumah dan merampas semua rakaman kamera keselamatan di bandar tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts