AL-KHALIL, 9 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerang empat buah sekolah di selatan kota al-Khalil, menyebabkan ramai pelajar dan guru cedera sesak nafas.

Pasukan-pasukan tentera Zionis menyerang gas pemedih mata ke perkarangan dan kawasan sekitar Sekolah Rendah al-Khalil, Sekolah Tareq bin Ziyad, Sekolah Rendah al-Hajariya, dan Sekolah Rendah Khadija bint Khuwailid ketika pelajar sedang mengadakan perhimpunan pagi.

Pasukan perubatan berkejar ke sekolah untuk merawat pelajar dan guru.

Serangan tersebut memaksa sekolah-sekolah terbabit ditutup, di mana sebahagian pelajar dan guru terpaksa pulang ke rumah.

Tentera Zionis turut menyekat kenderaan penduduk Palestin dan merampas kunci kenderaan mereka ketika menyerang sekolah.

(PIC, Maan)

SHARE