Tentera Zionis serang Gaza, 3 cedera

GAZA, 19 Jun 2018 — Jet-jet perang tentera Zionis melancarkan rangkaian serangan ke beberapa penjuru wilayah Gaza lewat petang tadi, membuatkan pasukan pejuang Palestin bertindak balas menyerang kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan kawasan sempadan.

Seramai dua orang anggota polis Gaza dilaporkan cedera setelah jet tentera Zionis melancarkan dua roket ke kawasan kebun di barat kota Rafah selepas tengah malam. Tentera Zionis turut menyasarkan sebuah pengkalan pejuang Palestin berdekatan Resort al-Baydar di barat kota Gaza.

Dalam serangan di utara Gaza, kawasan sasaran dilaporkan musnah dan seorang penduduk tercedera.

Pasukan pejuang Palestin bertindak dengan melepaskan sebilangan tembakan roket ke arah kawasan penempatan haram Yahudi Ashkol berdekatan kawasan sempadan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts