Tentera Zionis serang Gaza, mujahidin balas dengan serangan roket

GAZA, 16 Sep 2020 — Jet-jet perang tentera Zionis awal pagi tadi menyerang beberapa kawasan di Gaza, mencetus serangan balas daripada kumpulan mujahidin Palestin.

Jet dan helikopter tentera Zionis menyasarkan beberapa serangan ke atas sebuah pos Briged al-Qassam di barat laut Beit Lahia, di utara Gaza. Serangan-serangan lain menyasarkan kawasan barat Deir al-Balah di tengah Gaza, dan barat Khan Younis di selatan Gaza.

Serangan menyebabkan kerosakan harta dan infrastruktur, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Kumpulan mujahidin membalas keganasan tentera Zionis itu dengan melancarkan serangan roket ke kawasan penempatan haram Zionis berdekatan sempadan.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts