BAITULMAQDIS, 9 Mei 2019 — Tentera penjajah Zionis menyerang ratusan ahli jemaah di kawasan Pintu al-Asbat dan al-Amoud di kota Baitulmaqdis, selepas mereka selesai bersolat terawih di Masjid al-Aqsa malam tadi.

Tentera menyerang para jemaah, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas, yang baru keluar dari masjid dan berada di Dataran al-Amound dengan membaling bom gas pemedih mata. Para jemaah dihalau beredar dari situ, tanpa sebarang alasan.

Tiga ahli jemaah ditangkap.

Tentera Zionis turut mengejar penduduk Palestin di kawasan al-Misrara dan Jalan Sultan Sulaiman serta membaling gas pemedih mata ke arah mereka.

(IMEMC)

SHARE