Tentera Zionis serang Khan Younis

GAZA, 24 Ogos 2020 — Jet perang dan kereta kebal tentera Zionis menyasarkan serangan bom ke tiga lokasi di daerah Khan Younis, selatan Gaza, sebelum Subuh pagi tadi.

Tentera udara Zionis menyasar dua serangan bom ke kawasan tanah pertanian di timur Khan Younis, manakala pasukan kereta kebal yang berpengkalan di kawasan senpadan menembak dua pos mujahidin di utara dan selatan Khan Younis.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut, namun bangunan dan rumah di kawasan terbabit mengalami kerosakan.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts