Tentera Zionis serang lebih 150 lokasi di Gaza

GAZA, 5 Mei 2019 — Tentera penjajah Zionis melancarkan lebih 150 serangan ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam, membunuh tujuh penduduk termasuk seorang wanita hamil dan anaknya yang berumur 14 bulan, serta mencederakan lebih 50 yang lain dan memusnahkan banyak bangunan.

Kenyataan pihak berkuasa Gaza hari ini menyebut serangan dari jet perang dan kereta kebal tentera Zionis telah memusnahkan lebih 200 kemudahan dan infrastruktur awam. Sebanyak tujuh buah bangunan hancur musnah sementara empat buah lagi rosak. Ratusan buah rumah turut mengalami kerosakan.

Sebuah masjid di kem pelarian Shati di barat Kota Gaza turut menjadi sasaran dan empat buah bengkel dibom di timur kota tersebut.

Tentera Zionis turut menyasar jeti nelayan di Rafah, Gaza Tengah dan Khan Younis. Di samping itu, 21 kem latihan dan 17 menara pemerhati kumpulan-kumpulan pejuang Palestin juga menjadi sasaran serangan.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa sekolah, kenderaan, kawasan tanah pertanian, rumah hijau dan ambulan turut mengalami kerosakan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts