Tentera Zionis serang nelayan Gaza, 2 diculik

GAZA, 26 Apr 2016 (Maan) — Tentera laut Zionis hari ini menculik dua nelayan Palestin, Aahed Ziyad Zayid dan Munis al-Abed Zayid, di perairan Beit Lahiya di utara Gaza. Bot mereka turut dirampas dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Di samping itu, tentera penjajah turut menyerang bot-bot nelayan yang turun belayar dari pantai kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza. Tidak ada kecederaan dilaporkan, namun para nelayan terpaksa berpatah balik dan tidak dapat meneruskan usaha mencari rezeki.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts