Tentera Zionis serang nelayan Gaza

GAZA, 23 Ogos 2016 (Maan) — Tentera laut Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah beberapa buah bot nelayan Gaza petang tadi.

Nelayan terbabit dikejar oleh tentera penjajah sehingga dua batu nautikal di perairan Gaza dan memaksa mereka pulang ke daratan.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 139 kes serangan ke atas nelayan dilaporkan, di mana 24 nelayan cedera dan 15 bot mereka rosak. Sepanjang tahun 2015, seramai 71 nelayan telah diculik dan 22 buah bot dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts