Tentera Zionis Serang Penjara Negev

BEERSHEBA, 9 Nov 2015 (PIC) — Pasukan khas tentera Zionis menyerang Seksyen 2 di penjara Negev dan memaksa semua tahanan keluar.

Pusat Maklumat Tahanan mendedahkan bahawa tahanan Palestin yang ditempatkan di Seksyen 2 telah dipindahkan ke Seksyen 10 sepanjang kempen menyerang dan menggeledah pusat tahanan tersebut.

Terdahulu, tahanan di Seksyen 3 juga telah dipindahkan ke Seksyen 10 apabila tentera menyerang dan menggeledah penjara tersebut.

Serangan dan penggeledahan buat kali kedua dalam seminggu itu menimbulkan ketegangan di kalangan tahanan.

Kempen penangkapan yang dilakukan oleh rejim Zionis kebelakangan ini menyebabkan kesesakan di dalam penjara. Puluhan tahanan dipindahkan dari penjara Nafha ke penjara-penjara lain setelah mereka dituduh cuba melarikan diri.

Sejak bermulanya Intifadah Al-Quds pada 1 Oktober lalu, 1,600 orang penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak, ditangkap oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts