Tentera Zionis serang, roboh rumah penduduk Palestin di Sakhnin

SAKHNIN, 23 Julai 2018 — Dua orang cedera apabila tentera penjajah Zionis menyerang penduduk Palestin yang menghalang pihak berkuasa meroboh sebuah rumah di bandar Sakhnin di utara Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Seorang pemuda cedera parah di bahagian dadanya, manakala seorang wanita warga emas cedera di bahagian atas badan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Pusat Rawatan Rambam di kota Haifa dan dirawat dalam unit rawatan rapi.

Rumah milik penduduk Palestin, Hussein Osman, dilihat sebagai permulaan kepada pelaksanaan “Undang-Undang Negara Yahudi” yang diluluskan oleh perlimen Zionis minggu lalu.

Undang-Undang tersebut menetapkan negara “Israel” sebagai tanah air kaum Yahudi, yang antara lain memberi hak kepada disapora Yahudi “pulang ke Israel”.

(Maan, PIC, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts