AL-KHALIL, 12 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memecah masuk perkarangan Sekolah Rendah al-Nahda di Kota Lama al-Khalil, sebelum mengejar dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah para pelajar.

Pihak tentera mendakwa mereka memburu para pelajar yang telah membaling batu ke arah jip-jip peronda mereka. Pelajar Ali Abu Esnaina dan Hassan al-Takrouri dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ramai pelajar cedera sesak nafas dan lari menyelamatkan diri ke kawasan tanah tinggi. Sekolah terpaksa ditutup awal.

(PIC)

SHARE