NABLUS, 14 Apr 2019 — Puluhan pelajar sekolah di perkampungan Urif, selatan Nablus, cedera diserang dengan gas pemedih mata pagi tadi.

Beberapa orang mangsa terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat rawatan, manakala puluhan yang lain dirawat di lapangan.

Susulan kejadian, kelas pengajian terpaksa dibatalkan dan ramai pelajar dihantar pulang ke rumah.

Sekolah tersebut telah berkali-kali diserang oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi sejak semester lalu, memaksa ia ditutup sebanyak 14 kali.

Dalam kejadian lain, gerombolan pendatang Yahudi menyerang sebuah rumah keluarga Palestin di perkampungan Urif. Mereka membaling batu ke arah kenderaan dan rumah keluarga terbabit, sebelum beredar lari.

(Maan, PIC, IMEMC)

SHARE