AL-KHALIL, 8 Feb 2018 — Beberapa orang pelajar dikejarkan ke Hospital Muhammad Ali al-Muhtaseb di kota al-Khalil apabila mengalami masalah pernafasan akibat diserang dengan gas pemedih mata berkapasiti tinggi pagi tadi.

Menurut pengetua Sekolah al-Hajiryeh, Ammar Bin Jaber, dia terkejut dengan serangan tentera Zionis ke arah sekolahnya dan juga sekolah-sekolah di sekitar menggunakan gas seperti itu, di mana ramai pelajar dan guru cedera.

Semua sekolah di kawasan tersebut terpaksa ditutup bagi mengelak serangan berlarutan.

(Maan)

SHARE