GAZA, 24 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang beberapa sasaran di Beit Hanoun di utara Gaza dengan tembakan meriam kereta kebal pagi tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Sebelum serangan tersebut, siren Kod Merah kedengaran di kawasan penempatan haram Sha’ar HaNegev yang terletak tidak jauh dari sempadan Gaza. Media Zionis mendakwa sebutir roket dilancarkan dari wilayah Gaza, namun tidak ada sebarang letupan dilaporkan.

SHARE