Tentera Zionis serbu penduduk di al-Quds, tangkap pemuda dan remaja perempuan

AL-QUDS, 17 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis petang tadi melepaskan tembakan bom pelali ketika menyerbu masuk kawasan kejiranan Ain al-Lawza di bandar Silwan, kota al-Quds, mencetus pertempuran dengan penduduk.

Seorang pemuda ditangkap di sekatan kem pelarian Shufat atas tuduhan membawa sebilah pisau.

Manakala seorang remaja perempuan yang berasal dari bandar Tamra di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah turut ditangkap di Pintu al-Amoud di Kota Lama al-Quds.

Dua lagi pemuda ditangkap dan diperiksa dari kawasan Pintu al-Amoud.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts