Tentera Zionis serbu penjara Ofer, pindah 120 tahanan

RAMALLAH, 19 Feb 2018 — Pasukan khas tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu penjara Ofer di barat Ramallah dan memindahkan 120 orang tahanan Palestin selepas memeriksa mereka secara penuh teliti.

Mereka menyerang Seksen 11 penjara tersebut sebelum memindahkan 120 tahanan terbabit ke pusat tahanan Nitzan di kota Ramleh, yang terletak dalam kawasan Palestin 1948 yang terjajah.

Para tahanan tidak dibenar membawa barang-barang mereka ketika dipidahkan.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts