Tentera Zionis serbu tahanan Palestin dalam penjara Ashkelon

RAMALLAH, 12 Sep 2018 — Gerombolan besar tentera dari pasukan perkhidmatan penjara Zionis hari ini menyerbu kawasan Seksyen 3 penjara Ashkelon, menyerang tahanan Palestin serta menggeledah dan merosakkan barangan mereka.

Seramai 50 tahanan Palestin dikurung dalam penjara Ashkelon. Pihak penjara Zionis sering memberi tekanan ke atas mereka dengan membuat serangan sepanjang malam dan memindahkan mereka antara penjara.

Sebahagian besar tahanan Palestin dikurung dalam penjara-penjara yang berada dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah, menyebabkan peluang lawatan keluarga terhad dan sokongan undang-undang terbatas, di samping mengugurkan hak-hak para tahanan di bawah Konvensyen Geneva Ke-4.

(IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts