Tentera Zionis tahan 21 penduduk Palestin termasuk seorang buta

BEIT LAHM, 19 Jun 2017 (Maan) — Tentera Zionis menahan sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin, termasuk seorang lelaki buta, dalam operasi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis awal pagi tadi.

Di kota Beit Lahm, tentera menahan tiga sekeluarga Anwar Abd al-Hamid Adawi, 60, dan dua anak lelakinya Midhat, 26, dan Ibrahim, 22. Manakala di perkampungan Husan di barat Beit Lahm, Muhammad Samih Hamamra, 22, dan Muhammad Hassan Hamamra ditangkap setelah tentera memecah masuk rumah mereka.

Enam penduduk di utara wilayah Nablus turut ditangkap termasuk seorang pemuda buta Muhammad Sayil Ishtayya, 24.

Beberapa yang lain ditahan di perkampungan Deir Samit di wilayah al-Khalil, kota Qalqiliya dan juga di kejiranan Semiramis dan bandar al-Bireh dalam wilayah Ramallah. Sekurang-kurangnya dua penduduk Baitul Maqdis ditahan.

Sejak awal tahun 2017, tentera Zionis menjalankan purata 95 operasi menyerbu kawasan penduduk Palestin setiap minggu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts