Tentera Zionis Tahan 25 Penduduk Palestin

AL-QUDS, 28 Mei 2014 — 25 penduduk Palestin, termasuk seorang wanita, ditahan oleh tentera Zionis di Al-Quds dan kawasan-kawasan lain di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di timur Al-Quds, sekitar 25 buah jip tentera dilaporkan masuk ke kawasan bandar al-Azaryeh di mana 12 orang ditahan, termasuk seorang wanita. Wanita tersebut merupakan isteri kepada Alaa Adwan yang sedang melancarkan mogok lapar sejak lebih sebulan lalu sebagai membantah tahanan pentadbiran ke atas beliau. Tangkapan isterinya itu dilihat sebagai langkah memberi tekanan ke atas beliau.

Turut ditangkap adalah dua remaja yang tercedera dalam demonstrasi membantah pembinaan tembok pemisah. Mereka yang ditangkap dikenali sebagai Ihab Raed Abu Rami, Mohammad Sami Basah, Ragheb Mousa Jaber, Hashim Jamil Abu Zyad, Mohammad al-Sasbea, Mohammad Bsam al-Snawy, Yousef Waleed Abu Romi dan adik-beradik Mahmoud, Wisam, dan Mohammad Ahmad al-Mkhal.

Tentera Zionis turut menangkap tujuh lagi penduduk Palestin dari bandar dan kem pelarian di Jenin di utara Tebing Barat. Pihak keselamatan Palestin melaporkan tentera Zionis memasuki bandar itu dengan membedil gas pemedih mata, peluru getah dan juga peluru hidup. Kemudian mereka masuk menggeledah rumah-rumah di situ dan menahan Ala’a Yousef al-Qarout, 21 tahun, Osaye Rami al-Boul, 21 tahun, Mohammad Jaber Zakarneh, Wasieem Abed Jasem Mary, 24 tahun, Isam Jamal Abu el- Higa dan adik-beradik Shawqi Taher Zakarneh, 22 tahun, dan Ahmad Taher Zakarneh. Semua mereka kemudiannya dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Tiga orang lagi ditangkap di Hebron dan Yatta, setelah tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah mereka. Mangsa adalah Yousef Ghith, Shaher al-Qwasmeh dan Bajes al-Dababseh.

Tentera Zionis jyua menahan tiga penduduk Palestin dari kem pelarian Aida di Bethlehem. Mereka dalah Ahmad Amer, 22 tahun, Khader Abu Khudair, 19 tahun, dan Ahmad Ibrahim Eid, 17 tahun.

——–

Sumber: Palestine News Network

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts