Tentera Zionis tahan bekas tahanan mogok lapar Muhammad al-Qiq

RAMALLAH, 16 Jan 2017 (Maan) — Bekas tahanan mogok lapar Muhammad al-Qiq ditahan oleh tentera Zionis selepas beliau menyertai satu perhimpunan di Beit Lahm.

Muhammad, 34, ditangkap di sebuah sekatan tentera di Beit El di Ramallah, bersama beberapa ahli keluarga almarhum Muhannad Shafiq Halabi, Thaer Abu Ghazaleh, dan Hussein Muhammad Abu Ghush ketika pulang dari perhimpunan tersebut, yang mendesak pembebasan jenazah penduduk Palestin yang ditahan oleh pihak rejim. Semua mereka dibebaskan selepas disoal siasat, kecuali Muhammad al-Quq yang dibawa ke sebuah pusat tahanan di kawasan penempatan haram Beit El.

Menurut isterinya, Fayhaa Shalash, Muhammad melancarkan mogok lapar sejurus selepas ditangkap.

Muhammad, seorang jurnalis yang berasal dari Dura di wilayah al-Khalil dan menetap di Ramallah, dibebaskan dari kurungan Zionis pada 19 May 2016 selepas mogok lapar selama 94 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts