Tentera Zionis tahan guru-guru wanita di al-Khalil

AL-KHALIL, 8 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menahan sekumpulan guru-guru wanita Palestin yang menuju ke sekolah tempat mereka bertugas di Kota Lama al-Khalil pagi tadi.

Guru-guru terbabit dihalang di sekatan tentera di Jalan Shuhada ketika menuju ke Sekolah Qurtoba, tanpa dinyatakan sebarang sebab.

Bagaimanapun semua mereka dibebaskan melintas dan menuju ke sekolah lebih satu jam kemudian, setelah pasukan Palang Merah dan pegawai perhubungan daerah Palestin campur tangan.

Sekitar 6,500 penduduk Palestin tinggal di Kota Lama al-Khalil, berbanding dengan 800 orang pendatang Yahudi yang rata-rata bertabiat agresif dan melampau.

Terdapat sekurang-kurangnya 32 buah sekatan kekal tentera Zionis di Kota Lama, termasuk di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi. Penduduk Palestin tidak dibenarkam memandu melalui Jalan Shuhada dan beberapa laluan lain di Kota Lama. Sebaliknya pendatang Yahudi bebas bergerak.

(Maan, MEMO, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts