Tentera Zionis tangkap 118 penduduk Gaza sepanjang 2017

GAZA, 17 Jan 2018 — Seramai 118 penduduk Gaza termasuk kanak-kanak, wanita dan pesakit ditangkap oleh tentera Zionis sepanjang tahun 2017 lalu.

Laporan Pusat Kajian Tahanan Palestin menunjukkan mereka yang ditangkap termasuklah dua orang ahli perniagaan, dua orang pesakit, 53 orang yang cuba melintas masuk ke wilayah Palestin 1948 melalui pagar keselamatan, dan juga 43 orang nelayan.

Selain dari itu, tentera Zionis turut menangkap wanita, pelajar universiti, ahli akademik dan ahli keluarga tahanan. Dua orang pekerja pertubuhan antarabangsa turut ditangkap.

Sebanyak 23 tangkapan berlaku di pintu lintasan Beit Hanoun, antaranya lima wanita termasuk seorang pesakit wanita berumur 59 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts