Tentera Zionis tangkap 13 penduduk Tebing Barat

13-ditangkapBEIT LAHM, 25 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin dalam operasi di Tebing Barat awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya lapan orang ditangkap di wilayah Ramallah setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah di perkampungan Silwad dan Yabrud, serta kem pelarian al-Amari.

Manakala di Beit Lahm, dua penduduk Alaa Jalal al-Nashash dan Mahmoud Issam Jaber ditangkap.

Masing-masing seorang penduduk ditangkap di perkampungan Qabatiya di utara Jenin dan perkampungan Yatta di selatan al-Khalil.

Tentera Zionis menyerbu kawasan kediaman penduduk Palestin hampir setiap malam. PBB menganggarkan tentera Zionis melakukan secara purata 75 operasi menangkap penduduk Palestin di Tebing Barat setiap minggu. Namun sejak Jun lalu, jumlah operasi tersebut meningkat kepada 93 setiap minggu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts