Tentera Zionis tangkap 14 penduduk Palestin termasuk ahli akademik

RAMALLAH, 14 Mei 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin ditangkap oleh tentera Zionis, termasuk bekas tahanan Ahmad Qatamish yang baharu dibebaskan setelah merengkok selama dua setengah tahun dalam tahanan pentadbiran.

Ahmad, 66, ditangkap selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya di kota al-Bireh, sebelum melarikan beliau ke lokasi yang tidak diketahui.

Menurut isteri beliau, Suha al-Barghouti, Ahmad yang merupakan seorang penulis dan ahli akademik telah beberapa kali ditahan sejak tahun 1969 dan merengkok dalam penjara selam 13 tahun, termasuk 10 tahun di bawah tahanan pentadbiran tanpa perbicaraan. Beliau mengalami beberapa masalah kesihatan yang kronik yang memerlukan rawatan harian, yang tidak akan diberikan oleh pihak penjara Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts