AL-KHALIL, 7 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menangkap dua aktivis antarabangsa dari pertubuhan International Solidarity Movement (ISM) berdekatan sekolah Qurtoba di kota al-Khalil tengahari tadi.

Ketika kejadian, seorang aktivis dari Amerika dan seorang lagi dari Itali sedang memantau pelajar pulang dari sekolah yang terletak bersebelahan penempatan haram Beit Hadasa itu, agar tidak diganggu oleh pendatang Yahudi atau tentera Zionis.

Sejak 22 tahun lalu, tugas memantau tersebut dilakukan oleh pasukan antarabangsa Temporary International Presence in Hebron (TIPH). Bagaimapun, pasukan TIPH dihalau keluar dari kota al-Khalil minggu lalu.

(PIC, Maan, IMEMC, WAFA)

SHARE