JENIN, 8 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik dua beradik Mohamed dan Diaa Yehya dari perkampungan Erka di barat daya Jenin malam tadi.

Pasukan peronda tentera Zionis menyerbu kawasan barat Erka dan mengejar kedua-dua mangsa, sebelum menangkap dan melarikan mereka.

Pada masa yang sama, tentera Zionis menyerbu perkampungan Nazla di Yabad dan memeriksa kawasan-kawasan kejiranan, menyebabkan tercetus pertempuran dengan kumpulan pemuda Palestin.

(PIC)

SHARE