GAZA, 8 Jan 2018 — Tentera laut Zionis menangkap dua orang nelayan Palestin Jehad Suhail Murad, 25, dan Mostafa Mohamed Murad, 18, di perairan Beit Lahiya di utara Gaza dan mengheret mereka ke pelabuhan Ashdod pagi tadi.

Tentera Zionis mula melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan sejak jam 6:00 pagi tanpa sebarang alasan, walaupun mereka berada dalam zon menangkap ikan yang dibenarkan.

Sekitar jam 12:00 tengahari, bot-bot tentera Zionis yang berpengkalan di perarian pantai Waha Resort di sebelah utara Gaza mula melepaskan tembakan dan mengepung bot milik Mohammed Omar al-Najjar yang dikemudi oleh dua nelayan dari kem pelarian al-Shati’ itu.

Tentera Zionis memaksa mereka menanggalkan pakaian dan terjun ke laut, kemudian berenang ke arah bot tentera sebelum ditangkap.

Tiada kerosakan dilaporkan, namun bot mereka dirampas.

(PIC)

SHARE