Tentera Zionis Tangkap 2 Remaja Perempuan dari Ambulan di Muncung Senjata

AL-KHALIL, 14 Dis 2017 — Tentera Zionis menangkap dua remaja perempuan Palestin yang cedera dari dalam sebuah ambulan di al-Khalil sebagaimana dilaporkan semalam.

Rakaman video menunjukkan sekumpulan tentera menyekat sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palestin di bandar Halhul. Mereka cuba menarik keluar pesakit dari ambulan tersebut.

Selepas konfrontasi, mereka melompat masuk ke dalam ambulan dan menarik dua remaja perempuan keluar. Tentera menghala muncung senjata dan memaksa kedua-dua mangsa keluar, sebelum tentera wanita Zionis menggari mangsa dan menahan mereka.

(Sumber: Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts