Tentera Zionis tangkap 7 pemuda Palestin, termasuk saudara mara Adel Asi

RAMALLAH, 18 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini melancarkan kempen menangkap saudara mara remaja Adel Asi, yang dituduh melakukan serangan menikam baru-baru ini.

Adel, 19, disyaki menikam sehingga menyebabkan kematian seorang pendatang Yahudi berdekatan kawasan penempatan haram Ariel di Salfit.

Awal pagi tadi pihak tentera menangkap abangnya Ya’cob serta sepupunya Ibrahim, selepas memecah masuk rumah-rumah mereka di Nablus.

Empat yang lain ditangkap di kota Baitulmaqdis. Seorang lagi ditangkap di Jericho, manakala seorang yang lain diarah hadir ke sebuah pusat interogasi.

Tentera Zionis turut menangkap siswa undang-undang Universiti Arab Amerika, Mohammed al-Namrouti, 25, di sebuah sekatan di Jenin. Beliau pernah beberapa kali ditangkap sebelum ini, di mana pada kali terakhir beliau telah dipenjara selama tiga tahun.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts