Tentera Zionis tangkap bekas Menteri Kewangan Palestin

SALFIT, 22 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap Ahli Parlimen (PLC) Omar Abdul Razek setelah memecah masuk rumah beliau di kota Salfit.

Omar yang pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2006 dibebaskan dari penjara Zionis hanya dua bulan lalu.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, sehingga Disember 2017 lalu seramai 10 ahli PLC dikurung dalam penjara Zionis. Kebanyakan mereka ditahan di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pertuduhan atau pengadilan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts