Tentera Zionis tangkap gadis Palestin di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 18 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis petang semalam menangkap gadis Palestin Walaa Ghaith, 17, berdekatan Masjid Ibrahimi atas tuduhan cuba menikam.

Beliau diheret ke sebuah pusat interogasi berdekatan dalam keadaan ditutup mata.

Tentera Zionis menculik remaja Palestin, termasuk perempuan, di sekatan-sekatan dengan berbagai jenis tuduhan.

Semalam, Pusat Demokrasi dan Hak Asasi Insan (ICDR) menuduh tentera Zionis mencari alasan menutup jenayah mereka membunuh penduduk Palestin, dengan membuat dakwaan palsu tanpa bukti bahawa mangsa cuba membuat serangan menikam. Dengan tuduhan seperti itu, tentera Zionis berjaya mengelak dari dikenakan hukuman.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts