Tentera Zionis tangkap imam Masjid Beit Hanina di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 19 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik imam Masjid Beit Hanina, Sheikh Ra’ed Da’na, kerana beliau berada di Pintu al-‘Amoud di Kota Lama Baitulmaqdis dan kemudian memimpin solat Zuhur berdekatan Pintu al-Rahma di Masjid al-Aqsa.

Selepas mendirikan solat, pemuda-pemuda Palestin berjaya membuka semula rantai yang mengunci pagar Pintu al-Rahma.

Tentera Zionis menangkap Sheikh Ra’ed berdekatan Pintu al-Rahma selepas tentera menutupnya semula dan menghalang para jemaah masuk.

Sebelumnya, polis Zionis menangkap sekurang-kurangnya lima orang penduduk Palestin, termasuk seorang gadis, Nathima Ebkeirat.

Polis Zionis kemudiannya membebaskan Sheikh Ra’ed dan Nathima selepas mengenakan hukuman melarang mereka memasuki tapak suci itu selama 15 hari.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts