Tentera Zionis Tangkap Keluarga Tahanan Lolos Penjara

JENIN, 8 Sep 2021 — Pasukan tentera penjajah Zionis bertindak memecah masuk rumah-rumah di perkampungan Arraba dan Ya’bad dan menangkap ahli-ahli keluarga tahanan Paletin yang berjaya lolos dari penjara Gilboa awal minggu ini.

Di Ya’bad, mereka menangkap Yakub Nefia’t, bapa kepada tahanan Munadil, dan melancarkan operasi mencari besar-besaran di seluruh perkampungan tersebut.

Tentera Zionis turut menyerbu perkampungan Arraba dan menangkap Basem A’rada, saudara kepada tahanan Mahmoud Al-Arida.

Semalam, tentera Zionis memanggil Fouad Kahamji bersama anak lelakinya Majd. Fouad adalah bapa kepada tahanan Iham.

Sementara di Jenin dan kawasan perkampungan sekitarnya, tentera Zionis melancarkan operasi memburu besar-besaran sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Awal pagi Isnin lalu, enam tahanan Palestin berjaya lolos dari penjara Gilboa di utara Wilayah Palestin 1948 melalui terowong bawah tanah. Penjara Gilboa, yang terletak sejauh empat kilometer dari sempadan Jenin di Tebing Barat, merupakan penjara kawalan paling ketat. Mereka disifatkan oleh rejim Zionis sebagai “penjenayah paling berbahaya”.

Tahanan terbabit adalah Munadil Nafayat, 26, dari Yaabad; Mahmoud and Mohammad Al-Arida, kedua-duanya dari Arraba; Iham Kahamji, 35, dari Kufr Dan; dan Yaqoub Qadiri, 49, dari Deir al-Basha. Mereka dikurung oleh rejim Zionis sejak 20 tahun atau lebih, atas hukuman penjara seumur hidup. Tahanan keenam, Zakaria Zubeidi, dikurung sejak 2019 dan masih belum dikenakan sebarang pertuduhan jenayah.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts

No Content Available