Tentera Zionis tangkap ketua perkampungan Araqib

GURUN NAQAB, 21 Julai 2016 (Alray) — Ketua perkampungan Badwi Palestin di Araqib, Sheikh Saiah Al-Tury, akhirnya ditangkap setelah tentera Zionis mengepung beliau sejak lima hari lalu.

Beliau ditangkap bersama anaknya Aziz apabila mereka menghalang tentera Zionis merobohkan rumah mereka.

Keadaan di Araqib dilaporkan menjadi kritikal dan merbahaya, di mana tentera Zionis bertindak menyerang dan menangkap wanita, kanak-kanak dan warga emas yang cuba menghalang perobohan rumah penduduk. Beberapa orang kanak-kanak turut tercedera.

Tentera Zionis ingin menghapuskan perkampungan Araqib dan memindahkan penduduknya ke perkampungan Shaqeeb al-Salam, bagi tujuan membina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts