Tentera Zionis Tangkap Lebih 20 Penduduk Tebing Barat

Tentera pengganas Zionist telah melancarkan serbuan awal pagi tadi (Khamis, 25 Februari) ke beberapa daerah di Tebing Barat dan menangkap lebih dari 20 orang Palestin.

Kenyataan akhbar Zionis “Yediot Ahronot” melalui laman webnya menyebut bahawa askar-askar Zionis melancarkan kempen besar-besaran di awal pagi bagi menangkap “mereka yang dikehendaki” di beberapa bandar di Tebing Barat dan seterusnya menangkap lebih 20 orang, termasuk 8 daripadanya di bandar Al Khalil; bakinya dari bandar Bethlehem dan bandar-bandar lain.

Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa mereka yang ditangkap telah dibawa ke pusat-pusat tahanan untuk soal-siasat.

Hampir setiap hari Tentera Zionis melancarkan serbuan dan pemeriksaan di bandar-bandar, kampung-kampung dan kem-kem di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts