Tentera Zionis Tangkap Pelajar Wanita

studentAL-KHALIL, 18 April 2012 — Tentera pengganas Zionis Yahudi telah menangkap seorang pelajar wanita, Islam Hassan Al-Bashiti, dari rumah keluarganya di kampung Ola Beit di barat Al-Khalil.

Menurut laporan The Palestinian Information Center (PIC,) sumber-sumber tempatan memberitahu bahawa askar-askar tersebut telah masuk menggeledah rumah keluarga Al-Bashiti di awal pagi sebelum menggari dan menutup mata beliau dan seterusnya dibawa menaiki jip tentera sambil diancam dengan senjata.

Islam Hassan Al-Bashiti, 22 tahun, merupakan pelajar Teknologi Maklumat di Politeknik Palestin. Tahun lepas, beliau telah berjaya dengan kepujian dan kini sedang menduduki peperiksaan tahun akhir.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts