Tentera Zionis Tembak Jemaah Terawih Dengan Gas Pemedih Mata

selfit-02SALFIT, TEBING BARAT, 2 Julai 2014 (PIP) — Puluhan ahli jemaah di sebuah masjid di Qarawah Bani Hassan mengalami sesak nafas apabila ditembak dengan gas pemedih mata oleh tentera Zionis semalam, Selasa.

Tentera Zionis menyerbu masuk ke dalam Masjid Umar bin Khattab di utara Tebing Barat itu dan mengepung para jemaah yang sedang bersolat tanpa memberi sebarang amaran. Operasi tentera itu diteruskan dengan tembakan bom suara dan gas pemedih mata ke arah para jemaah.

Puluhan ahli jemaah mengalami masalah sesak nafas yang serius, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Ramai penduduk dilaporkan mengalami sesak nafas di rumah mereka apabila tentera Zionis menembah gas pemedih mata secara rambang ketika mereka memasuki perkampungan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts