GAZA, 28 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini melepaskan tembakan ke arah Sekolah Mahdia Shawa di timur Beit Hanoun, utara Gaza, mencederakan seorang guru sekolah.

Kenyataan Kementerian Pendidikan di Gaza mengesahkan guru Ramez Za’anin tercedera dalam serangan tersebut.

Serangan itu menyebabkan tingkap-tingkap kaca sekolah pecah, sehingga menimbulkan suasana cemas di kalangan pelajar.

(PIC, IMEMC)

SHARE