GAZA, 10 Sep 2018 — Seorang pemuda Palestin ditembak mati dan jenazahnya diculik oleh tentera penjajah Zionis di kawasan Abu Safiyya di timur Jabaliya, utara Gaza.

Kenyataan tentera Zionis menyebut mangsa ditembak ketika sedang berada berdekatan pagar sempadan, menyebabkan beliau tercedera. Pasukan paramedik Palestin cuba mendekati mangsa untuk membantu, tetapi diserang oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis kemudian membawa beliau ke sebuah klinik, namun tidak dapat diselamatkan.

Mangsa dikenali sebagai Attaf Abed-Rabbo Saleh, 32, yang berasal dari Jabaliya.

Sementara itu tiga pemuda lain yang berjaya menerobos pagar sempadan di timur kem Barij di kawasan tengah Gaza telah ditangkap oleh tentera Zionis.

(PIC, IMEMC)

SHARE