Tentera Zionis tembak mati remaja Gaza

GAZA, 29 Julai 2017 — Remaja Abdul-Rahman Hussein Abu Hamisha, 16, ditembak mati oleh tentera Zionis dalam satu perhimpunan aman membantah pencabulan rejim Zionis ke atas al-Aqsa dan sekatan ke atas Gaza di kem pelarian al-Bureij, Gaza Tengah.

Tentera Zionis yang berkawal di kawasan pagar sempadan melepaskan tembakan ke arah peserta perhimpunan, membunuh Abdul-Rahman dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Su=huhada al-Aqsa di Deir al-Balah.

Dalam kejadian lain, seorang penduduk Gaza cedera di kawasan Farahin di Khan Younis, selatan Gaza.

Pertempuran turut tercetus berdekatan pengakalan tentera Nahal Oz di timur Gaza, di mana seorang pemuda ditembak dan dikejarkan ke Hospital as-Shifa sementara beberapa yang lain mengalami sesak nafas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts