Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin di Beit Ummar

AL-KHALIL, 20 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menembak mati remaja Palestin Khalid Bahr Ahmad Bahr, 15, di laluan masuk ke bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil petang tadi.

Pihak tentera penjajah mendakwa mangsa ditembak kerana membaling batu ke arah kenderaan tenetra Zionis, kononnya seorang askar cedera dalam insiden tersebut.

Pasukan ambulan Palestin dihalang mendekati mangsa untuk membantu. Sejurus kejadian, tentera Zionis menutup semua laluan masuk ke bandar Beit Ummar dan mengerahkan gerombolan besar tentera berjaga di seluruh kawasan tersebut.

Seorang pemuda turut ditangkap oleh tentera Zionis dalam kejadian tersebut.

Bahr adalah mangsa pembunuhan tentera Zionis yang ke-235 sejak tercetusnya Infifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts