Tentera Zionis tembak nelayan dan rumah di sempadan Gaza

GAZA, 11 Okt 2016 (PNN) — Tentera penjajah Zionis petang semalam melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah dan kebun penduduk Palestin berdekatan sekolah Shuhada di timur bandar Khuzaa, yang terletak di kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza.

Nelayan Gaza yang sedang belayar di luar pantai Beit Lahiya di utara Gaza turut menjadi mangsa ditembak oleh tentera laut Zionis.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts