Tentera Zionis tembak nelayan di pantai Gaza

GAZA, 31 Mac 2016 (Maan) — Bot-bot perang tentera laut Zionis melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin di perairan al-Sudaniyya di utara Gaza, menyebabkan nelayan terpaksa membatalkan usaha mencari rezeki dan berpatah balik ke pantai.

Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Nelayan Gaza sering menjadi mangsa serangan tentera laut Zionis walaupun mereka berada dalam zon menangkap ikan enam batu nautikal yang dibenarkan oleh rejim. Oleh kerana serangan berlaku begitu kerap, insiden seperti itu selalunya tidak dilaporkan.

Tahun lalu tentera penjajah Zionis telah membuat lebih 139 kali serangan, mencederakan 24 nelayan dan merosakkan 16 bot mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts