GAZA, 18 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis melepaskan tembakan ke arah kumpulan petani Palestin yang sedang bekerja di kebun mereka di timur kota Khan Younis, tenggara Gaza, pagi tadi.

Mereka melepaskan tembakan mesingan tanpa sebarang amaran atau alasan, dari arah sebuah menara sempadan berdekatan Pintu Abu Raida di timur Khuza’a. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan tentera Zionis menimbulkan suasana panik di kalangan petani, memaksa mereka lari meninggalkan kebun.

(PIC)

SHARE