Tentera Zionis tembak rumah dan kawasan kebun di Khan Younis

GAZA, 18 Julai 2017 (IMEMC) — Tentera Zionis yang berkawal di menara sekitar pengkalan Kissufim di timur Khan Younis melepaskan tembakan ke arah rumah dan kawasan kebun di sempadan Gaza pagi tadi, menyebabkan kerosakan harta dan memaksa petani yang sedang bekerja lari menyelamatkan diri.

Serangan tersebut dibuat ketika gerombolan besar kereta kebal dan kenderan berperisai dikerahkan ke kawasan sempadan, sementara pesawat drone berlegar di udara.

Mereka turut meletupkan bom di beberapa kawasan berdekatan pagar sempadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts